11 comments on “Fenomenon Novel Popular

  1. Siti, memang betul terlalu banyak novel popular di Malaysia. Saya tak baca sebab kebanyakan nya kisah cinta, anak datuk, anak tan sri, baru balik belajar di luar negara, mewarisi business keluarga. semua tu angan2 sahaja. itu sebab saya tak baca novel popular bahasa melayu. di sini saya baca novel berbentuk sejarah, sastera, real life. bukan nak berlagak tapi penulis di sini tak banyak cerita angan2.

    • Laili, novel popular berkaitan cinta muncul kerana adanya ramai penulis muda muncul. Tema cinta banyak dipilih kerana itu lebih dekat dengan mereka. Tapi ramai yang berpendapat novel berkenaan secara beransur-ansur akan ditinggalkan apabila pembaca semakin dewasa.

  2. saya harap begitu lah. semoga ramai lagi penulis2 baru yang akan muncul dan menulis novel2 berbentuk ilmiah dan kehidupan sebenar. azizan suka betul novel bertajuk kuntum tulip biru. dia selalu “looking forward” untuk baca buku macam tu🙂

  3. Saya baru dipinjamkan beberapa buah novel. Baru habis baca satu. Agak interesting kerana ada novel2 ni diselitkan dgn unsur keagamaan siap dengan petikan tafsir al-Quran dan Hadis. Ini semua terikut dengan “Ada Apa dengan Cinta” dan “Ketika Tasbih Bercinta”.

  4. Novel popular mula terikut-ikut dengan tema-tema Keislaman seperti novel yang telah mencetuskan fenomena di Indonesia iaitu Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. novelnya Ketika Cinta Bertasbih tidak mampu mengatasi novel AAC. Novel AAC telah mencetuskan fenomena yang luar biasa di Indonesia dan fenomena ini mula berjangkit di Malaysia.

  5. Sekarang saya sedang menyiapkan tesis ilmiah saya dan cuba memerincikan novel popular Islami di Indonesia dan Malaysia. kajian ini menarik kerana tunggaknya adalah novel popular dan kemudian dihubungkait dengan novel popular yang bersifat Islami. Ada pandangan? boleh dikongsikan.

    • Penerbitan di Malaysia terlalu mengikut trend. Banyak penerbit mula menerbitkan novel dewasa Islami dan mula mengubah cover dengan memaparkan watak wanita bertudung. Penerbitan Pelangi juga mengorak langkah menerbitkan novel sedemikian dengan mengadakan usahasama dengan penerbit2 di Indonesia. Enam novel terbitan pertamanya kebanyakannya dari penulis Indonesia dan berunsurkan keislaman. Mungkin sdr boleh mengadakan temubual dengan mereka untuk tesis sdr.

  6. Berkerja keras untuk menyiapkan esei yang bertajuk Novel Popular Islami di Indonesia dan Malaysia: Satu Penelitian Awal. Insyallah esei ini akan dibentangkan dalam conference pada 24-25 Julai 2010 ini yang diadakan di USM. Tunggu hasilnya..boleh dikongsikan.

  7. salam… saya nak tanya apakah novel popular yang pertama sekali di tanah Melayu dan pada tahun berapa novel popular ini muncul…??

  8. rosma :
    Berkerja keras untuk menyiapkan esei yang bertajuk Novel Popular Islami di Indonesia dan Malaysia: Satu Penelitian Awal. Insyallah esei ini akan dibentangkan dalam conference pada 24-25 Julai 2010 ini yang diadakan di USM. Tunggu hasilnya..boleh dikongsikan.

    salam kak Rosma.. saya minat dengan novel popular boleh tak kakak berkongsi ilmu dengan saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s