Stesen TV di Malaysia menyajikan drama sebagai salah satu faktor penarik kepada penonton untuk setia dengan saluran mereka. Pada awal kemunculannya, RTM menyediakan kandungan atau program TV yang dihasilkan oleh Unit Dramanya dan juga penerbit tempatan. Namun pada masa yang sama penonton juga disajikan dengan program import, terutama dari Amerika Syarikat, India, China, dan Hong Kong dalam bentuk sitkom, drama bersiri, dan filem. Setiap program asing di RTM perlu melalui proses penilaian yang dilakukan oleh Panel Penaksir Program RTM. Dengan pengenalan stesen TV swasta, lebih banyak program televisyen diimport bagi mengisi masa siaran dan bagi menyediakan lebih banyak pilihan kepada penonton.
Kini, semua rangkaian televisyen di Malaysia menyiarkan rancangan asing, termasuk drama, dari seluruh negara di dunia. Namun, kebanyakan rancangan import itu adalah dari Amerika Syarikat dan Amerika Latin, dan yang popular kebelakangan ini, produk drama dari negara Asia seperti Korea, Jepun, China, dan juga ASEAN (Indonesia, Filipina, dan Thailand). RTM (www.parlimen.gov.my) misalnya, sejak tahun 2007, telah menyediakan slot khas bagi menyiarkan dua drama bersiri dari Filipina (280 episod), satu drama Thailand (21 episod), 10 drama bersiri Korea (366 episod), dan enam drama bersiri dari China (148 episod).
Statistik daripada FINAS menunjukkan bahawa produk seperti drama dan telemovies adalah antara produk terbanyak yang diimport dalam industri penyiaran di Malaysia. Yang tertinggi adalah pada tahun 2005 dengan 4,555 judul diimport untuk disiarkan dalam negara. Selepas itu, jumlah keseluruhan kandungan yang diimport jatuh pada 2006 dan meningkat sedikit dengan 3,228 judul pada tahun 2007. 35% produk yang diimport-import ke Malaysia ialah program cereka.
Jadual 3
Pengimportan Filem di Malaysia, 2004-2007
Jenis |
2004 |
2005 |
2006 |
2007 |
Cereka |
3,754 |
4,555 |
3,213 |
3,228 |
Dokumentari |
2,424 |
3,312 |
1,477 |
2,262 |
Muzikal |
714 |
14 |
951 |
1,260 |
Animasi |
45 |
0 |
155 |
7 |
Treler |
952 |
816 |
916 |
907 |
Sukan |
94 |
116 |
208 |
210 |
Komersial |
22 |
487 |
691 |
727 |
Komedi |
6 |
0 |
10 |
11 |
Promosi |
319 |
359 |
716 |
666 |
Realiti TV |
0 |
0 |
5 |
0 |
Rancangan Permainan |
0 |
0 |
69 |
0 |
Pendidikan |
0 |
0 |
6 |
4 |
Lain-lain |
23 |
1,849 |
0 |
0 |
Jumlah |
8,723 |
11,508 |
11,508 |
9,282 |
Sumber: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)