Jaringan sosial ini diperkenalkan kepada pengguna Malaysia pada 15 Januari 2009 oleh Ruumznation Sdn Bhd, salah sebuah syarikat dalam Kumpulan Syarikat Green Packet. Ia direka bagi mengisi jurang dalam jaringan sosial yang ada dan membaiki pengalaman penjaringan sosial. Ia juga bagi memenuhi permintaan pengguna baharu yang mahu asimilasi yang lebih baik antara kandungan dan penyampaian perkhidmatan antara dalam talian dengan luar talian. (mrem.bernama.com). Ia disasarkan untuk pasaran Malaysia, China, dan Taiwan.
Ruumz ialah jaringan sosial yang direka bagi membolehkan ahli-ahlinya—yang dikenali sebagai “ruumzsters”—bersosial, berkreatif, dan menggambarkan diri sendiri dalam persekitaran yang seronok dan selamat. Selepas beberapa bulan kehadirannya di ruang siber, jaringan sosial dalam talian ini memiliki 12,000 ahli dan berharap ia akan mencecah 300,000 ahli dalam tempoh setahun. Berdasarkan Alexa.com, jaringan sosial ini lebih kerap dilawati oleh golongan lelaki yang berusia antara 25 hingga 34 tahun, berpendidikan kolej, dan tidak mempunyai anak. Ruumz turut mewujudkan kumpulan peminat di Facebook, Friendster, dan Twitter.
Sama seperti kebanyakan jaringan sosial yang lain, Ruumz membolehkan orang ramai berhubungan dengan sahabat, menyertai kumpulan, dan berkongsi maklumat seperti foto, video, blog di samping pemberitahuan sesuatu majlis serta bersembang di “chatruum”. Yang menjadikannya menarik, jaringan sosial ini menawarkan kelab muzik yang pertama di dalam portal yang dikenali sebagai “musicruum” yang merupakan perkhidmatan muat turut muzik PC tanpa had di Asia Tenggara sebagai faedah eksklusif ahli-ahlinya. Musicruum akan menarik perhatian orang ramai tanpa melakukan pelanggaran terhadap harta intelektual tetapi pada masa yang sama boleh mendapatkannya pada harga yang rendah kerana mereka boleh memuat turun muzik secara sah dengan hanya RM2.00 untuk setiap lagu.
Selain itu, ia juga membolehkan ahli-ahlinya mengirim kandungan mudah alih secara terus daripada lamannya, melakukan pesanan mencetak foto yang dimuat naik malah menghantarnya terus ke rumah. Pembangun laman ini turut bercadang untuk mengadakan komuniti B2C (Business-to-Consumer). Malah, jaringan sosial ini juga pada Ogos 2009 telah melancarkan perkhidmatan yang direka khusus untuk telefon mudah alih, Mobile Ruumz (m.ruumz.com) yang boleh digunakan untuk pelbagai telefon dan pelayar mudah alih, termasuk Safari, Opera Mini, dan pelayar. Aplikasi itu boleh diakses secara percuma oleh orang ramai, termasuk aplikasi wayang mudah. Selain itu, ia juga menyediakan aplikasi Waktu Solat dan waktu sahur bagi setiap negeri dan zon di Malaysia pada bulan Ramadan.
Di Ruumz, ia mempunyai subbahagian yang menawarkan aktiviti, produk, dan perkhidmatan yang berintegrasi deng dunia di luar talian, iaitu seperti yang berikut:
- mobileruum – pengguna boleh mengirim kertas dinding (wallpapers), muzik, permainan dan lain-lain kandungan secara terus ke telefon mudah alih sahabat mereka dan diri sendiri secara dalam talian.
- movieruum – menawarkan maklumat berkaitan tayangan wayang terkini di Malaysia termasuk sinopsis, di sebalik tabir, dan
- videoruum – tempat untuk pengguna mengepos video dalam talian kegemaran mereka dan berkongsi dengan sahabat masing-masing.
- Powderuum – khusus untuk ahli wanita yang ingin mendapatkan tip, maklumat, atau hadiah percuma dan promosi barangan kecantikan.
- ruumcauses – tempat sehenti jaringan kebajikan sosial bagi mereka yang ingin melibatkan diri dan membangkitkan kesedaran tentangnya.
- ruumFM – radio dalam talian yang eksklusif untuk pengguna mendengar muzik.
Menurut Ketua Eksekutif ruumzNation, James Wong, “This is not just another portal, but a fresh, unique, exciting and worthwhile experience for users. With ruumz, Malaysians, and eventually, everyone in the world will get empowered to do what they’ve always wanted and needed to do, which is simplistically, to connect with others, share, entertain and be entertained—but with much added ease and more fun” (mrem.bernama.com). Jaringan sosial ini direka setelah menjalankan kajian pasaran dalam usahanya menawarkan sesuatu yang diinginkan oleh pengguna, tetapi masih belum mendapatkannya.
0.000000
0.000000